Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan
kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah
perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang yang besar dan mengisinya dengan bola golf.
Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh,dan
pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil
halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi,
lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi
ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan
pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab
"ya..."
Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas
mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam
balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan
bola golf.
Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut
telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan,rata- rata pelajarnya menjawab
"Ya.."
Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari
bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada
diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan
yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat
tindakan profesor tersebut.
"Sekarang... " profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagaikehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda,anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup
anda masih penuh.
Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain
seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil."
"Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkarakeci l, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambil perhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain .
Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan.Perkara lain cumalah pasir..."
Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan. .."
Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang dan 2 cawan kopi ini... "
i have 2 kids now, God is great.
4 years ago
9 comments:
Dear Spec,
Best citer nie..
Before ni baca kisah prof dengan gelas.
Thanks for shring this..
yup..tuhan dah jadikan 24hrs tu mencukupi utk sgala hal..trust me..:-0
LoL
dear kisah prof ngan gelas blum baca lagi u ada??
jmr
247...
betul2 bermakna dan beri vee lebih faham tentang kehidupan...
thanks for sharing...
^^
HI SPEC:)
panjang buT InTeResTiNg dIK:)
heehe
thanks bro tuk kisah ni dlm FB ninie..;)
gud info..
ya kan..betul la weh.hee
ader..
will share ya..
later..
you take care okey :)
A++
Post a Comment